Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya
tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti
menceritakan kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa
berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali
ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan
mendengarnya..
Saya merupakan seorang suami kepada
seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah
menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu
itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah
berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang
yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai
bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik
budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya
diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya
sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan
kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya
ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan
isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada
isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama
kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya
selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan
bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri
saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan
tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya
dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan
hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat
ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan
geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia
menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin
bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk
saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam
handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan
sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,
dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan
isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah
dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya
supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila
keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama
saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan
balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat
dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya
utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah
isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan
dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.
Dialah yang memandikan saya…menggosok
badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana
kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun
dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia
datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit
sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya
makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan
membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya
kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari
teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan
dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
“Mungkin kamu tidak menyukai (pada isterimu) sesuatu perkara,
sedang Allah menjadikan dalam perkara tersebut kebaikan yang banyak” (Al-Quran)
Sekarang baru dia kata saya suami
orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk
membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan
dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada
isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit
demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi
kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang
merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati
saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin
teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya
memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia
hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama
maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati
saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan
ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya
kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan menangis bang….bukan salah
abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”
Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi
sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang
memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata
pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia
meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk
menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak
meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia
meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga
saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan
kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua
minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini
saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah
akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan
buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat
menderita…..jiwa saya terseksa…..
Mungkin ini hukuman yang patut saya
terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah
diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada
Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya
sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan
nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar
dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak
sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan
dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa
menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama
abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan
bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin
tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya
meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya
sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak
buat utk tenangkan abang…
Ustaz….saya harap cerita saya ini
dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama
mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan
yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
**********************************************************************************
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya
banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg
dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan
pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah
sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah
copyright..
Pesanan dari saya: kita cuma akan
menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih
ada….
Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh
berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah
sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari
selepas ini..amiin ya Rabbi..
No comments:
Post a Comment